HARAP BERSABAR....

| 0 comments | Monday, January 4, 2010
|


TENTANG.....PUSAT AKSES

| 0 comments | Saturday, January 2, 2010
|

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
• Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
• Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
• Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
• Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
• Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
• Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
• Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
• Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning).
• Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
• Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel.
• Berkolaborasi dengan murid lain.

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.

Apakah peralatan yang akan dibekalkan?

Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?

Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.

Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?

Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
• Ada ruang/bilik yang sesuai
• Ada bekalan elektrik 24 jam
• Ada akses kepada Internet
• Ada Makmal Pengkomputeran
• Kemahiran ICT warga sekolah
• Komitmen pihak pentadbir sekolah

Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:
• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat .

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT AKSES

| 0 comments |
|

1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam pusat akses.

2. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru.

3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada pusat akses.

4. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.

5. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

6. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

7. Pengguna hendaklan merekodkan penggunaan komputer dalam buku yang disediakan.

8. Sebarang kerosakan komputer hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada guru pusat akses.

9. Murid-murid adalah dilarang keras melayari mana-mana laman web yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.

TATACARA PENGGUNAAN PUSAT AKSES

| 0 comments |
|

a) Untuk menghidupkan komputer
1. Pastikan plug pada soket dipasang dan ‘switch-on’.
2. Pastikan kotak ‘electrical power point’ dihidupkan.
3. Tekan butang pada CPU sekali.
4. Tunggu sehingga keluar paparan pada skrin.
5. Jika tiada paparan sila tekan butang pada monitor.
6. Jika masih tiada paparan laporkan pada guru yang bertanggungjawab.

b) Untuk menutup komputer.
1. Halakan anak panah pada butang start di sudut bawah sebelah kiri.
2. Klik pada butang merah dan perkataan ‘turn-off computer’.
3. Klik butang berwarna merah dan perkataan ‘turn-off’.
4. Tunggu sehingga tiada paparan tiada pada skrin.
5. Tekan ‘off’ pada suis kotak ‘electrical power point’.
6. Tekan suis ‘off’ pada soket utama.

Sila patuhi arahan untuk menjamin keselamatan anda dan komputer sekolah.
Menjaga harta benda adalah tanggunggjawab bersama.

1. Pastikan plug pada soket dipasang dan ‘switch-on’.
2. Pastikan kotak ‘electrical power point’ dihidupkan.
3. Tekan butang pada CPU sekali.
4. Tunggu sehingga keluar paparan pada skrin.
5. Jika tiada paparan sila tekan butang pada monitor.
6. Jika masih tiada paparan laporkan pada guru yang bertanggungjawab.

b) Untuk menutup komputer.
1. Halakan anak panah pada butang start di sudut bawah sebelah kiri.
2. Klik pada butang merah dan perkataan ‘turn-off computer’.
3. Klik butang berwarna merah dan perkataan ‘turn-off’.
4. Tunggu sehingga tiada paparan tiada pada skrin.
5. Tekan ‘off’ pada suis kotak ‘electrical power point’.
6. Tekan suis ‘off’ pada soket utama.

Sila patuhi arahan untuk menjamin keselamatan anda dan komputer sekolah.
Menjaga harta benda adalah tanggunggjawab bersama.

JAWANTANKUASA PUSAT AKSES SKAT

| 0 comments |
|

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PUSAT AKSES
SK AMPANG TINGGI

PENASIHAT : EN. KAMARUDIN BIN HJ. SAID (GB)
PENGERUSI : PN. KALSHOM. BT. A. HAMID (GPK1)
SETIAUSAHA : PN. HALILAH BT. MOHD. YASSIN
(GURU PUSAT SUMBER SKAT)
NAIB SETIAUSAHA : EN. ABDUL MALEK B. ABD. LATIFF
(GURU MAKMAL KOMPUTER SKAT)
PENYELARAS : EN. MOHD. FADLE B. MOHD. ISA
EN. ZOOLHILMI B. MOHD. FADZIL
AHLI JAWATANKUASA : KETUA-KETUA PANITIA

 

Labels

Followers